Jika pelanggan hotel ke bangunan merah, pasti melihat ramai orang sedang menikmati minuman cendol di tepi sungai. Cendol citarasa Melaka ini dijual di gerai berdekatan bangunan tersebut. Cubalah rasa.....
Hotel Seri Pelangi menawarkan apartmen 3 bilik dengan pemandangan laut tidak jauh dari hotel ini. Jika berjalan dari hotel lebih kurang lima minit sahaja. Kemudahan yang disediakan ialah : 1. Set perabot yang lengkap 2. Dapur untuk memasak 3. Ruang letak kereta yang banyak 4. Tiga bilik yang luas (semua bilik pandangan laut) 5. Ruang tamu yang luas 6. Televisyen 7. Pemanas air 8. Penghawa dingin 9. Peti ais 10. Dua bilik mandi Pelanggan boleh menempah apartmen melalui nombor 06-2868112 (lobi hotel) atau menghubungi Puan Junaidah.
Hotel Seri Pelangi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kerana memilih hotel kami pada 25/3/2011 sehingga 26/3/2011. Rombongan tersebut telah sampai ke hotel ini pada jam 8.00 malam , Jumaat, 25/3/2011 disambut oleh Puan Junaidah, Pengurus Operasi Hotel Seri Pelangi. Terima kasih daun keladi.
Pelanggan hotel boleh mengesan lokasi hotel melalui sistem GPS dengan menaip Jalan Plaza Mahkota. Atau menentukan koordinat GPS - N 2* 11' 24" E 102* 14' 46". GPS akan menunjuk arah jalan tersebut yang akan menuju kepada lokasi hotel . Selamat Datang ke Hotel Seri Pelangi.
Sepanjang Jalan PM3 terdapat beberapa kedai makan yang menjadi pilihan pengunjung hotel ini. Pasar malam yang beroperasi setiap malam hari Jumaat , Sabtu dan Ahad juga menyajikan beberapa makanan halal tempatan. Pengunjung tidak perlu khuatir tentang kualiti makanan yang disajikan kerana pihak kementerian kesihatan sentiasa membuat pemantauan kepada kedai-kedai terbabit.