Hotel di lokasi strategik di Bandaraya Melaka

Thursday, January 27, 2011

Perkhidmatan Terbaharu


Kami sedang meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kemudahan para pelanggan. Perkhidmatan menggunakan mesin kad kredit telah disediakan bagi tujuan pembayaran. Selamat Melancong.

Saturday, January 22, 2011

Parking Berkupon




Semua pelanggan dinasihati meletakkan kupon letak kereta pada kenderaan masing-masing setiap hari mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Selalunya pegawai penguatkuasa MBMB akan membuat rondaan seawal jam 8.30 pagi. Kupon letak kereta boleh dibeli di kedai makan berdekatan dengan hotel ini atau di kedai-kedai persekitarannya. Sekiranya kenderaan anda di saman oleh penguatkuasa MBMB, anda dinasihatkan melunaskannya pada hari berkenaan juga dengan kadar saman RM5 sahaja di kaunter-kaunter MBMB di Bandar Hilir. Sekiranya ada kemusykilan , sila berhubung dengan staf kami di kaunter lobi hotel.

Tukaran Wang

Untuk kemudahan pelanggan luar negara (Indonesia, China, Singapura, Amerika dsb) yang ingin menukar wang , bolehlah berbuat demikian di Pengurup Wang Berlesen yang berdekatan dengan hotel kami (Jalan PM 3). Pengurup Wang berkenaan beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Ahad.

Sunday, January 9, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

HOTEL SERI PELANGI MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA PELANGGAN KAMI. SEMOGA TAHUN INI MEMBERI KEJAYAAN KEPADA SEMUA.