Hotel di lokasi strategik di Bandaraya Melaka

Saturday, March 26, 2011

Apartmen 3 bilik pandangan laut





Hotel Seri Pelangi menawarkan apartmen 3 bilik dengan pemandangan laut tidak jauh dari hotel ini. Jika berjalan dari hotel lebih kurang lima minit sahaja. Kemudahan yang disediakan ialah :
1. Set perabot yang lengkap
2. Dapur untuk memasak
3. Ruang letak kereta yang banyak
4. Tiga bilik yang luas (semua bilik pandangan laut)
5. Ruang tamu yang luas
6. Televisyen
7. Pemanas air
8. Penghawa dingin
9. Peti ais
10. Dua bilik mandi
Pelanggan boleh menempah apartmen melalui nombor 06-2868112 (lobi hotel) atau menghubungi Puan Junaidah.

Selamat Datang dan Terima Kasih Pensyarah dan Pelajar UiTM Shah Alam










Hotel Seri Pelangi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kerana memilih hotel kami pada 25/3/2011 sehingga 26/3/2011. Rombongan tersebut telah sampai ke hotel ini pada jam 8.00 malam , Jumaat, 25/3/2011 disambut oleh Puan Junaidah, Pengurus Operasi Hotel Seri Pelangi. Terima kasih daun keladi.

Wednesday, March 16, 2011

Mencari lokasi hotel melalui GPS


Pelanggan hotel boleh mengesan lokasi hotel melalui sistem GPS dengan menaip Jalan Plaza Mahkota. Atau menentukan koordinat GPS - N 2* 11' 24" E 102* 14' 46". GPS akan menunjuk arah jalan tersebut yang akan menuju kepada lokasi hotel . Selamat Datang ke Hotel Seri Pelangi.

Kedai makan & pasar malam


Sepanjang Jalan PM3 terdapat beberapa kedai makan yang menjadi pilihan pengunjung hotel ini. Pasar malam yang beroperasi setiap malam hari Jumaat , Sabtu dan Ahad juga menyajikan beberapa makanan halal tempatan. Pengunjung tidak perlu khuatir tentang kualiti makanan yang disajikan kerana pihak kementerian kesihatan sentiasa membuat pemantauan kepada kedai-kedai terbabit.

Sunday, February 27, 2011

Terima kasih tetamu Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam





Pihak hotel mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, pelajar dan staff Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam , Selangor kerana memilih hotel kami untuk menginap selama tiga hari dua malam mulai 22/2/2011 hingga 24/2/2011. Kehadiran seramai 42 orang ahli rombongan telah disambut oleh Puan Junaidah selaku Pengurus Operasi Hotel Seri Pelangi. Terima Kasih Daun Keladi.

Wednesday, February 16, 2011

Ronda-ronda Kota Melaka Bersama Beca


Pihak hotel menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung-pengunjung yang ingin mengelilingi Kota Melaka dengan menaiki beca. Sila berhubung di kaunter lobi hotel bagi perkhidmatan tersebut.

Tuesday, February 1, 2011

Selamat Tahun Baru Cina


Hotel Seri Pelangi mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pelanggan berbangsa cina yang menginap di hotel kami. Semoga tahun ini memberi kejayaan dan keuntungan yang lebih baik daripada tahun lalu.