Hotel di lokasi strategik di Bandaraya Melaka

Wednesday, December 21, 2011

Selamat Hari Krismas

Hotel Seri Pelangi mengucapkan selamat menyambut hari krismas kepada para pelanggan yang beragama kristian. Terima kasih kepada para pelanggan yang memilih hotel kami sepanjang percutian musim cuti tahun 2011.

Thursday, December 15, 2011

Jalan-jalan di Bandar Hilir Melaka



Menara Taming Sari merupakan tempat tumpuan pelancong yang berkunjung ke Melaka. Kadar bayaran bagi menaiki menara tersebut berbeza-beza mengikut masa dan hari. Antara kadar biasa yang menjadi pilihan pelancong ialah RM30 (Dewasa) dan RM20 (Kanak-kanak). Para pelancong dapat melihat seluruh Banda Hilir Melaka apabila menaiki Menara Taming Sari. Jarak ke Menara Taming Sari hanya 50 meter dari Hotel Seri Pelangi.



Kompleks Muzium Maritim (Muzium Kapal) juga menjadi pilihan pelancong apabila berkunjung ke Melaka. Di dalam muzium ini terdapat barang-barang lama tinggalan penjajah Portugis suatu ketika dahulu. Kadar bayaran masuk ke muzium ialah RM3 (Dewasa) dan RM1(Kanak-kanak). Dari Hotel Seri Pelangi ke muzium tersebut hanya 150 meter sahaja.




Salah satu pertanyaan pelanggan hotel ialah berkaitan dengan kolam. Kolam Renang MBMB hanya 60 meter dari Hotel Seri Pelangi. Kolam ini bersebelahan dengan Menara Taming Sari. Kadar bayaran yang dikenakan hanya RM2 (Dewasa) dan RM1 (Kanak-kanak).
SELAMAT BERIADAH DAN MELANCONG.

Saturday, November 26, 2011

Jalan-jalan di Pasar Malam

Pasar Malam(Night Market) setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dari 6 petang hingga 3 pagi. Hanya 40 meter dari Hotel Seri Pelangi. Selamat membeli belah.

Selamat datang dan terima kasih mahasiswa & Mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia

Hotel Seri Pelangi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM kerana memilih hotel kami sebagai tempat penginapan.








Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1433



Wednesday, November 9, 2011

Tempahan semasa cuti sekolah

Pihak hotel mengalu-alukan kehadiran para pelanggan yang ingin menginap di hotel kami sepanjang cuti persekolahan yang bermula pada 19 November 2011 sehingga 1 Januari 2012 nanti. Tuan/Puan digalakkan membuat tempahan awal untuk memastikan ada bilik pada tarikh tempahan tersebut. Untuk pengetahuan para pelanggan, ramai yang kecewa kerana tiada tempat kerana tidak menempah. Hotel kami sentiasa mengalu-alukan tempahan awal Tuan/Puan. Sila hubungi 06-2868112 ( Cik Adizah / Puan Jun) dan nyatakan nama serta tarikh yang diminta serta bilangan ahli. Tempahan hendaklah dibuat dengan membayar deposit bagi memastikan bilik tidak diambil oleh orang lain.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Pihak hotel mengucapkan Selamat hari raya Aidiladha kepada pelanggan kami yang beragama Islam. Terima kasih kerana memilih hotel kami sebagai tempat penginapan sepanjang percutian anda.