Kami sedang meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kemudahan para pelanggan. Perkhidmatan menggunakan mesin kad kredit telah disediakan bagi tujuan pembayaran. Selamat Melancong.
Semua pelanggan dinasihati meletakkan kupon letak kereta pada kenderaan masing-masing setiap hari mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Selalunya pegawai penguatkuasa MBMB akan membuat rondaan seawal jam 8.30 pagi. Kupon letak kereta boleh dibeli di kedai makan berdekatan dengan hotel ini atau di kedai-kedai persekitarannya. Sekiranya kenderaan anda di saman oleh penguatkuasa MBMB, anda dinasihatkan melunaskannya pada hari berkenaan juga dengan kadar saman RM5 sahaja di kaunter-kaunter MBMB di Bandar Hilir. Sekiranya ada kemusykilan , sila berhubung dengan staf kami di kaunter lobi hotel.
Untuk kemudahan pelanggan luar negara (Indonesia, China, Singapura, Amerika dsb) yang ingin menukar wang , bolehlah berbuat demikian di Pengurup Wang Berlesen yang berdekatan dengan hotel kami (Jalan PM 3). Pengurup Wang berkenaan beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Ahad.
Hotel Seri Pelangi mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan awal untuk menginap di hotel kami. Namun untuk tarikh 24 ,25 & 26 Disember 2010 (Hari Krismas) nanti tempahan telahpun penuh. Kami memohon ribuan maaf kerana tidak dapat memenuhi tempahan yang terlewat. Untuk memudahkan pengurusan hotel, kami perlukan pengesahan melalui telefon daripada pelanggan dua atau tiga hari sebelum tarikh penginapan dan juga bayaran tempahan telahpun di masukkan ke dalam akaun hotel. Sila hubungi kaunter lobi kami sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan berkaitan dengan tempahan tersebut. Terima kasih kerana memilih hotel kami. Selamat Bercuti...