Hotel di lokasi strategik di Bandaraya Melaka
Tuesday, May 31, 2011
Tempahan Semasa Cuti Sekolah
Pihak hotel mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal sebelum cuti sekolah pertengahan tahun. Untuk memastikan tempahan tuan dapat dipenuhi sila hubungi kaunter untuk pengesahan sekurang-kurangnya sehari sebelum datang ke hotel. Terima kasih kerana memilih hotel kami.
Sunday, March 27, 2011
Cendol citarasa Melaka
Saturday, March 26, 2011
Apartmen 3 bilik pandangan laut
Hotel Seri Pelangi menawarkan apartmen 3 bilik dengan pemandangan laut tidak jauh dari hotel ini. Jika berjalan dari hotel lebih kurang lima minit sahaja. Kemudahan yang disediakan ialah :
1. Set perabot yang lengkap
2. Dapur untuk memasak
3. Ruang letak kereta yang banyak
4. Tiga bilik yang luas (semua bilik pandangan laut)
5. Ruang tamu yang luas
6. Televisyen
7. Pemanas air
8. Penghawa dingin
9. Peti ais
10. Dua bilik mandi
Pelanggan boleh menempah apartmen melalui nombor 06-2868112 (lobi hotel) atau menghubungi Puan Junaidah.
Selamat Datang dan Terima Kasih Pensyarah dan Pelajar UiTM Shah Alam
Hotel Seri Pelangi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kerana memilih hotel kami pada 25/3/2011 sehingga 26/3/2011. Rombongan tersebut telah sampai ke hotel ini pada jam 8.00 malam , Jumaat, 25/3/2011 disambut oleh Puan Junaidah, Pengurus Operasi Hotel Seri Pelangi. Terima kasih daun keladi.
Wednesday, March 16, 2011
Mencari lokasi hotel melalui GPS
Kedai makan & pasar malam

Sepanjang Jalan PM3 terdapat beberapa kedai makan yang menjadi pilihan pengunjung hotel ini. Pasar malam yang beroperasi setiap malam hari Jumaat , Sabtu dan Ahad juga menyajikan beberapa makanan halal tempatan. Pengunjung tidak perlu khuatir tentang kualiti makanan yang disajikan kerana pihak kementerian kesihatan sentiasa membuat pemantauan kepada kedai-kedai terbabit.

Sunday, February 27, 2011
Terima kasih tetamu Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
Subscribe to:
Posts (Atom)


