Hotel di lokasi strategik di Bandaraya Melaka

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan


Hotel Seri Pelangi mengucapkan selamat berpuasa kepada pelanggan yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Selamat Berpuasa.

Thursday, June 23, 2011

Jom ke Pesta Sungai Melaka

Sepanjang bulan Jun, Melaka menganjurkan Pesta Sungai Melaka 2011. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang pesta ini. Jom ke Pesta Sungai Melaka.











Tuesday, May 31, 2011

Tempahan Semasa Cuti Sekolah

Pihak hotel mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal sebelum cuti sekolah pertengahan tahun. Untuk memastikan tempahan tuan dapat dipenuhi sila hubungi kaunter untuk pengesahan sekurang-kurangnya sehari sebelum datang ke hotel. Terima kasih kerana memilih hotel kami.

Sunday, March 27, 2011

Cendol citarasa Melaka

Jika pelanggan hotel ke bangunan merah, pasti melihat ramai orang sedang menikmati minuman cendol di tepi sungai. Cendol citarasa Melaka ini dijual di gerai berdekatan bangunan tersebut. Cubalah rasa.....


Saturday, March 26, 2011

Apartmen 3 bilik pandangan laut





Hotel Seri Pelangi menawarkan apartmen 3 bilik dengan pemandangan laut tidak jauh dari hotel ini. Jika berjalan dari hotel lebih kurang lima minit sahaja. Kemudahan yang disediakan ialah :
1. Set perabot yang lengkap
2. Dapur untuk memasak
3. Ruang letak kereta yang banyak
4. Tiga bilik yang luas (semua bilik pandangan laut)
5. Ruang tamu yang luas
6. Televisyen
7. Pemanas air
8. Penghawa dingin
9. Peti ais
10. Dua bilik mandi
Pelanggan boleh menempah apartmen melalui nombor 06-2868112 (lobi hotel) atau menghubungi Puan Junaidah.

Selamat Datang dan Terima Kasih Pensyarah dan Pelajar UiTM Shah Alam










Hotel Seri Pelangi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kerana memilih hotel kami pada 25/3/2011 sehingga 26/3/2011. Rombongan tersebut telah sampai ke hotel ini pada jam 8.00 malam , Jumaat, 25/3/2011 disambut oleh Puan Junaidah, Pengurus Operasi Hotel Seri Pelangi. Terima kasih daun keladi.

Wednesday, March 16, 2011

Mencari lokasi hotel melalui GPS


Pelanggan hotel boleh mengesan lokasi hotel melalui sistem GPS dengan menaip Jalan Plaza Mahkota. Atau menentukan koordinat GPS - N 2* 11' 24" E 102* 14' 46". GPS akan menunjuk arah jalan tersebut yang akan menuju kepada lokasi hotel . Selamat Datang ke Hotel Seri Pelangi.