Hotel di lokasi strategik di Bandaraya Melaka

Monday, April 16, 2012

Penyertaan Hotel Seri Pelangi dalam MBHA


Hotel Seri Pelangi telah menyertai Persatuan Bajet Hotel Malaysia (Malaysia Badget Hotel Association) atau singkatannya MBHA. Penyertaan hotel dalam pertubuhan ini memudahkan para pelanggan mengenalpasti hotel yang berharga berpatutan dan dalam kemampuan pelancong tempatan mahupun luar negara sekiranya ingin bermalam di Melaka terutama di Bandar Hilir. Kedudukan hotel ini yang strategik menjadi pilihan ramai pelanggan. Kebersihan dan kemesraan staf menjadi keutamaan kami. Tidak hairanlah ramai pelanggan akan datang semula ke hotel ini sekiranya berkunjung ke Melaka.

Friday, April 13, 2012

Tawaran Jawatan Penolong Pengurus Hotel

Hotel Seri Pelangi sedang mencari seorang Penolong Pengurus bagi membantu pengurusan hotel. Terima kasih kepada semua calon yang memohon bagi mengisi jawatan tersebut. Calon terpilih akan dihubungi. Temuduga akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Monday, March 26, 2012

Tempahan Semasa Cuti

Hotel Seri Pelangi mengalu-alukan tempahan awal semasa cuti bagi mengelakkan ketiadaan tempat penginapan pada waktu puncak. Untuk itu jangan segan-segan untuk menelefon lobi hotel kami di talian 06-2868112 bagi tujuan tersebut. SELAMAT DATANG KE HOTEL SERI PELANGI MELAKA. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia.

Tuesday, January 10, 2012

Selamat Tahun Baru Cina



Hotel Seri Pelangi Melaka mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada para pelanggan terutama kepada rakyat Malaysia yang berbangsa cina.

Saturday, January 7, 2012

Terima kasih kepada pelanggan hotel sepanjang cuti akhir tahun 2011

Pihak hotel mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan para pelanggan memilih hotel kami sepanjang percutian akhir tahun 2011. Ada yang datang secara individu, berpasangan mahupun berkeluarga. Tidak lupa kepada semua rakyat Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia serta negara-negara lain yang pernah menginap di hotel kami. TERIMA KASIH....



Pelancong dari Mekah....



Pelancong dari Brunei Darusalam .....





Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Semoga tahun 2012 memberi kejayaan serta rezeki yang melimpah ruah.... SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!!!

Wednesday, December 21, 2011

Masjid Selat


Masjid Selat juga dikenali sebagai masjid terapung Melaka . Masjid ini merupakan masjid terapung ke tiga di Malaysia . Masjid ini terletak di Pulau Melaka. Panorama masjid ini sungguh cantik dan syahdu terutama pada waktu senja. Pelancong boleh berkunjung ke masjid ini dengan menaiki bas atau kereta. Jarak dari hotel ke masjid ini hanya 3 KM sahaja. Selamat melancong.