Hotel di lokasi strategik di Bandaraya Melaka
Wednesday, December 15, 2010
Tempahan Semasa Cuti Sekolah / Musim Perayaan
Hotel Seri Pelangi mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan awal untuk menginap di hotel kami. Namun untuk tarikh 24 ,25 & 26 Disember 2010 (Hari Krismas) nanti tempahan telahpun penuh. Kami memohon ribuan maaf kerana tidak dapat memenuhi tempahan yang terlewat. Untuk memudahkan pengurusan hotel, kami perlukan pengesahan melalui telefon daripada pelanggan dua atau tiga hari sebelum tarikh penginapan dan juga bayaran tempahan telahpun di masukkan ke dalam akaun hotel. Sila hubungi kaunter lobi kami sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan berkaitan dengan tempahan tersebut. Terima kasih kerana memilih hotel kami. Selamat Bercuti...
Sunday, December 5, 2010
Selamat Bercuti
Hotel Seri Pelangi mengucapkan selamat datang kepada pelanggan kami yang menginap di hotel ini. Terima kasih kerana membuat tempahan awal kerana musim cuti sekolah selalunya hotel kami penuh. Walau bagaimanapun sila buat panggilan telefon (06-2868112) ke hotel kami untuk membuat pertanyaan berkaitan kekosongan bilik. Sila rujuk kadar harga bilik semasa cuti sekolah. Selamat bercuti....
Sunday, October 31, 2010
Selamat Datang Rombongan Dari Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik Shah Alam
Hotel Seri Pelangi mengucapkan selamat datang kepada rombongan daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik bersama guru-guru dan ibu bapa murid ke hotel kami. Terima kasih kerana memilih hotel ini untuk menginap selama dua hari satu malam (30/10- 31/10/2001). Selamat Datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah...
Thursday, October 28, 2010
Tempahan semasa cuti sekolah
Para pelanggan yang dihargai,
Kami mengalu-alukan tempahan awal kepada para pelanggan yang bercadang untuk ke Melaka semasa cuti sekolah akhir tahun 2010 tidak lama lagi. Ini memastikan tuan/puan dapat menempah bilik pada hari yang diperlukan kerana biasanya bilik hotel akan penuh semasa cuti sekolah bermula. Kedatangan tuan/puan ke hotel kami amat dialu-alukan.
Kebersihan & Keselesaan Anda Keutamaan Kami.
Kami mengalu-alukan tempahan awal kepada para pelanggan yang bercadang untuk ke Melaka semasa cuti sekolah akhir tahun 2010 tidak lama lagi. Ini memastikan tuan/puan dapat menempah bilik pada hari yang diperlukan kerana biasanya bilik hotel akan penuh semasa cuti sekolah bermula. Kedatangan tuan/puan ke hotel kami amat dialu-alukan.
Kebersihan & Keselesaan Anda Keutamaan Kami.
Sunday, October 24, 2010
Wednesday, October 20, 2010
MELAKA MAJU 2010
Tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka di atas pengisytiharan Melaka Maju 2010 yang diadakan di Stadium Hang Jebat pada 20-10-2010 jam 20:10. MELAKA MAJU 2010, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU.
Selamat Datang ke Melaka / Welcome to Melaka
Selamat Datang ke Melaka / Welcome to Melaka
Friday, October 15, 2010
Selamat Datang Anggota Polis Kontinjen Johor
Hotel Seri Pelangi mengucapkan Selamat Datang kepada Pegawai & Anggota Polis Cawangan Pengangkutan Kontinjen Johor kerana menginap di hotel kami. Kesemua anggota polis ini akan menjalani Latihan Memandu Jarak Jauh Ke Melaka, Kursus Peningkatan Teknik Memandu Kelas 'D' Siri 2/2010 mulai 16 Oktober- 19 Oktober 2010. SELAMAT BERKURSUS...
Melaka Map / Peta Melaka
Untuk memudahkan pelanggan Hotel Seri Pelangi mengenali Melaka sila kunjungi http://www.melakastreetmap.blogspot.com/ untuk mendapat keterangan lanjut mengenai Bandaraya Melaka. Selamat Bercuti...
Wednesday, September 29, 2010
Friday, September 17, 2010
Temuduga Penolong Pengurus Hotel
Temuduga bagi jawatan Penolong Pengurus Hotel Seri Pelangi telah dijalankan pada 16 September 2010 (Khamis) . Seramai lapan orang calon yang terpilih telah ditemuduga bagi mengisi jawatan tersebut. Pihak hotel mengucapkan terima kasih kepada semua calon yang telah memohon sama ada yang dipanggil mahupun yang tidak. Hanya calon terpilih sahaja dipanggil pada tarikh berkenaan. Namun kepada mana-mana individu yang memohon selepas tarikh itu, pihak hotel memohon maaf dan mengucapkan terima kasih .
Tahniah kepada calon yang telah dipilih. Calon yang tidak terpilih , pihak hotel mengucapkan terima kasih kerana komitmen anda untuk hadir dalam temuduga tersebut.
Tahniah kepada calon yang telah dipilih. Calon yang tidak terpilih , pihak hotel mengucapkan terima kasih kerana komitmen anda untuk hadir dalam temuduga tersebut.
Sunday, September 5, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Monday, August 23, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)