Hotel di lokasi strategik di Bandaraya Melaka
Friday, December 30, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Masjid Selat
Masjid Selat juga dikenali sebagai masjid terapung Melaka . Masjid ini merupakan masjid terapung ke tiga di Malaysia . Masjid ini terletak di Pulau Melaka. Panorama masjid ini sungguh cantik dan syahdu terutama pada waktu senja. Pelancong boleh berkunjung ke masjid ini dengan menaiki bas atau kereta. Jarak dari hotel ke masjid ini hanya 3 KM sahaja. Selamat melancong.
Selamat Hari Krismas
Thursday, December 15, 2011
Jalan-jalan di Bandar Hilir Melaka
Menara Taming Sari merupakan tempat tumpuan pelancong yang berkunjung ke Melaka. Kadar bayaran bagi menaiki menara tersebut berbeza-beza mengikut masa dan hari. Antara kadar biasa yang menjadi pilihan pelancong ialah RM30 (Dewasa) dan RM20 (Kanak-kanak). Para pelancong dapat melihat seluruh Banda Hilir Melaka apabila menaiki Menara Taming Sari. Jarak ke Menara Taming Sari hanya 50 meter dari Hotel Seri Pelangi.
Kompleks Muzium Maritim (Muzium Kapal) juga menjadi pilihan pelancong apabila berkunjung ke Melaka. Di dalam muzium ini terdapat barang-barang lama tinggalan penjajah Portugis suatu ketika dahulu. Kadar bayaran masuk ke muzium ialah RM3 (Dewasa) dan RM1(Kanak-kanak). Dari Hotel Seri Pelangi ke muzium tersebut hanya 150 meter sahaja.
Salah satu pertanyaan pelanggan hotel ialah berkaitan dengan kolam. Kolam Renang MBMB hanya 60 meter dari Hotel Seri Pelangi. Kolam ini bersebelahan dengan Menara Taming Sari. Kadar bayaran yang dikenakan hanya RM2 (Dewasa) dan RM1 (Kanak-kanak).
SELAMAT BERIADAH DAN MELANCONG.
Subscribe to:
Posts (Atom)