Sepanjang Jalan PM3 terdapat beberapa kedai makan yang menjadi pilihan pengunjung hotel ini. Pasar malam yang beroperasi setiap malam hari Jumaat , Sabtu dan Ahad juga menyajikan beberapa makanan halal tempatan. Pengunjung tidak perlu khuatir tentang kualiti makanan yang disajikan kerana pihak kementerian kesihatan sentiasa membuat pemantauan kepada kedai-kedai terbabit.